Wednesday, December 24, 2008

KEISTIMEWAAN PENGASAS HARUMAN ISTANA

HARUMAN ISTANA

Ketika orang lain mengembara dan mencari harta karun, Edouard Pinaud sudah berjaya membina empayar perdaganagan minyak wangi berjenama Ed. Pinaud.
Beliau mencipta minyak wangi dengan penuh keghairahan dan melihat tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan walaupun dikelilingi cabaran yang hebat.
suratan takdir Edouard Pinaud adalah cerita yang begitu unik.

dilahirkan pada tahun 1810 ke dalam sebuah keluarga tukang kraf, beliau begitu takjub dengan seni pembuatan minyak wangi dan beliau kemudiannya mengembara melintas Eropah untuk menjadi perantis pelajar Jean-Marie Farina, pencipta termasyhur Eau de Cologne.

pada masa beliau berumur hanya 20 tahun, beliau telah mendapat gelaran Master-Perfumer dan membuka kedainya yang pertama di Paris dengan nama "To the Flowered Basket". kreativiti dan hasrat beliau yang mahukan kesempurnaan telah menjadikan nama beliau begitu dikenali di seluruh kota Paris.

Dilantik sebagai "Pembuat Minyak Wangi Istana", beliau kemudiannya diberikan gelaran pembekal minyak wangi Ratu Victoria, Maharaja Napoleon III dan seterusnya kesemua pemimpin negara yang terpenting di Eropah.

Beliau telah berjaya mendapat pelbagai anugerah di setiap pameran antarbangsa yang disertainya dan menjelang penghujung kurun ke-19 telah menjadi tukang pembuat minyak wangi yang terunggul di dunia.

ALAMI KEMEWAHAN Ed. Pinaud

bermula sebagai pembekal rasmi haruman golngan bangsawan, Ed. Pinaud kini boleh ditemui di lima benua dunia. Ed. Pinaud mengekalkan keaslian dan kualiti harumannya sejak kurun ke-19 hingga kini. lebih 176 tahun, Ed. Pinaud berjaya menjadi pembekal rasmi kepada maharaja, raja dan kerabat diraja seluruh negara.

paling membanggakan ialah Ed. Pinaud berjaya mencipta sejarahnya sendiri apabila jenama mewah ini sudah mula dikenali sebelum wujudnya sistem pengangkutan moden. rahsianya ialah haruman mewah memikat daripada minyak wangi yang diasaskan oleh Edouard Pinaud. Alamilah kemewahan jenama Perancis Ed. Pinaud.

4 comments:

  1. salam...kak nurul..sorry,kitorg br lg dlm blog2 ni..huhu..kitorg br perasan komen akak semlm..huhu..sorry

    ReplyDelete
  2. ala.. biase la tuh... korang ni blaja kat ne

    ReplyDelete
  3. salam...matahari xde blog sendiri..blog tu kitorg berdua yg punya..huhu..

    ReplyDelete
  4. kena email kalau nak tau harga. :) TQ.

    ReplyDelete